Tuesday, September 1, 2009

Cara Dan Rahsia Cari Duit

Ketahui Cara Dan Rahsia Cari Duit Dari Internet

Apakah tujuan kita berkerja selama ini ? Apa yang kita cari sebenarnya ? Makanan ? Pakaian ? Tempat tinggal ? Teman hidup? Berkeluarga ? Atau sengaja untuk suka-suka?

Persoalan ini amat sukar dijawab sebenarnya dan kalau ada jawapannya pun mungkin ia tidak akan sama antara semua orang yang anda akan tanya. Jadi persoalan pokok dan utamanya ialah berkenaan dengan duit. Semuanya kerana duit. Betul ke? Perlukah duit dalam hidup kita ? Perlukah kita mencarinya semahunya ? Jadi ada bermacam-macam tanggapan mengenainya. Ada yang berkata, ' jangan jadi hamba duit kelak diri merana' salah satu lirik lagu dari sifu M Nasir. Ingatkah anda?

Ada bermacam-macam cara orang mencari duit. Dengan berkerja makan gaji, berniaga , mengusahakan ladang pertanian , ternakan atau perikanan. Menjadi wakil atau ejen syarikat samada syarikat insuran atau sebagai pegawai promosi produk dan lain-lain. Tapi ada juga mereka yang tak berhati perut dalam mencari duit ni. Main ikut suka mereka je. Tak kiralah pada mereka janji dapat duit. Peragut , perompak , pencuri kolar putih , pencuri terhormat dan lain-lain gelaranlah yang mungkin kita tak terfikir perbuatan mereka seperti pelacur, GRO, bapa atau ibu ayam, penyeludup, pengedar dadah, syabu dan lain-lain yang selabel dengannya. Nak tahu kenapa mereka buat kerja macam tu. 'DUIT' ya, ini semua kerana duitlah mereka sanggup buat kerja macam tu!

Bukannya apa, saya suka berkongsi maklumat dengan anda semua macamana cara nak cari duit ni. Dah bermacam-macam dah kita mencuba. Tapi kenapa dok masih macam tu juga !
Ok lah , saya kembali kepada tajuk asal saya iaitu nak tahu bagaimana cara dan rahsia cari duit dari internet ni. Ramai para penggemar internet surfer tahu mengenainya. Dan mungkin telah ramai juga yang telah mendapat hasil mereka dari internet ni. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang telah berjaya. Bagi mereka yang masih baru atau yang masih terkial-kial macam saya ni disini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman dan pengamatan saya berkenaan nak cari duit dari internet ni.

Bukannya apa, ilmu tu walaupun sedikit tapi boleh dimanafaatkan kepada orang akan menjadi berkat. Moga dapat sedikit bekalan selepas kematian saya jika pembaca dapat ambil iktibar, diamalkan dan diajarkan atau disampaikan pula kepada orang lain.InsyaAllah. Inilah serba sedikit bekalan saya dikala menuju ke alam akhirat kelak. Saya juga ingin mengesyorkan kepada pembaca semua apabila sudah mendapat hasilnya nanti, jangan lupa buat amal jariah dengan menyedekahkan sebahagian harta atau wang yang kita dapat itu kepada yang lebih memerlukan seperti ke rumah anak yatim, surau, masjid, rumah orang tua, orang-orang miskin atau lain-lain yang difikirkan sesuai. Ingat! wang atau harta kita itu adalah pinjaman dari Allah. Dia yang memberi kepada kita dan Dia juga berhak menariknya kembali bila-bila masa yang Dia suka.

Disini saya paparkan sedikit panduan kepad anda semua bagaimana caranya

1- Cari ilmu bagaimana cara nak dapat duit dari internet ni dengan
a- Masuk program google adsense. Kalau tak pandai cuba cari melalui google search dan tanya atau beli pakej dari mereka yang pandai. Tak rugi kalau anda membelinya.
b- Masuk program affiliate yang banyak dianjurkan oleh para internet marketer. Mereka menawarkan komisen yang bagus untuk anda sebagai affiliate marketer mereka kadang-kadang sehingga 70% dari harga barang. Tetapi kebanyakan mereka memberi 50%. Itu dah kira bagus.
c- Buat website sendiri melalui blog-blog percuma dan menjual produk anda sendiri melaluinya.Anda juga boleh memasuki forum-forum berkaitan dan menpromosikannya dalam forum tersebut.
d-Jual barangan anda di ebay atau web lelongan tempatan. Tak kisahlah barang apa sekalipun. Handphone ke , e-book ke atau lain-lain barang yang difikirkan sesuai oleh anda. Atau anda buat website anda sendiri dan menjual barangan melaluinya. Tapi mungkin ia memerlukan kos yang lebih. Tapi walau apapun anda cubalah dulu.